tekan ke MY FRIENDSTER AND MYSPACE »

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha, Hari Kemuliaan, Satu Pengorbanan
Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan

Tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga mahupn korbankan wang ringgit
Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah,
telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,
kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!


Salam wbt..

Monday, November 23, 2009

~Wanita~

InsyaAllah..
try bwa lgu ni..
best2x..
credit to dehearty..


Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Munsyid : De Hearty
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Saturday, November 21, 2009

~mingguan~

huu..
Sore mkin x de + sgau + serak + rock
hehe..sbar2x.. InsyaAllah sembuh x lma lg..^_^

Alhamdulillah siang td aq join trnament Bowling di Flaminggo Anjuran "Sempoi Fc"

team brsama staff2 UniKL.. best.. sporting2x....
UniKL Bowling Team menang tempat ke-2
act aq x mmbantu sgat..
men msuk lgkang je..
cgrate to my team mmber..

yg msuk trnament ni pn rmai veteran2x n brpgalaman.... bleh dkatakn aq pling mde^_^
best pgalamn ngan dorang..

balik bowling je trus brsiap ke HTO de Futsal Subang..
rempit kjap ke subang jaya..
jauh gak lalu highway kesas..
act, ade trnament dgan Jabatan Perangkaan Negeri Selangor..

aq men utk Futsal Johorfc.net Lembah Kelang.. Alhmdulillah.. mrah rzki ktorg mnang^_^
dgan gol 18- 13.. da mcm point bdmnton lak..T.T

Go Go
!! Futsal Johorfc.net..^^

Esok pagii da bertolak blik jb..T.T
salam...

Thursday, November 19, 2009

cuaca

act bdn rse krang shat..
selsema + btuk + xde sore T.T
huuh.. asyik men hjan je..

hujan.. x nmpak klcc daa

Wednesday, November 18, 2009

~Cuti~

Alhamdulillah..
slesai exam... pejam celik je da nk msuk sem 4..
Doa2 dpt result spert yg dhrapkn..
moga2 dpemudahkn lecturer utk mnanda paper aq^_^
InsyaAllah..

Cuti ni enjoy abih..
Plan g genting brsma rkan2 klas^_^
10 Nov 2009

  • 7.00pagi je da berkumpul kt lrt gombak..
  • 8.00pg nek bas ke gnting..
  • 8.45pg smpai skyway...
  • 6.00ptg brtolak blik..
  • 7.15nek bas dri gnting ke gombak
BEst2x..
InsyaAllah de rzki t plan g tmpat laen plak..

Skrg ni ngah Busy utk Event Aries Malaysia..
Business Case IT Challenge 2009
aq jd committee bhgian designer..
cuti sem ni mcm hari klas biase je..T.T
bile la bley blik jb..
huhuh

Sunday, November 1, 2009

Jika Bertemu, Bersangkalh Baik..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir
, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” (Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna)

shring artikel from: aini