Bagi sesiapa yang ingin mengabadikan cerita cinta mereka didalam 'short story', CST ingin memberikannya PERCUMA utk couple yang sangat sweet, yang sangat romantik dan mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Cara penyertaan:
1) Anda perlu menulis cerita cinta anda dan pasangan anda didalam blog (blogspot, wordpress or any blog). Atau bagi yang tiada blog, tuliskan di dalam notes facebook anda. Ceritakan kisah bagaimana anda berkenalan, saat2 manis dan pahit anda. Olahkan dengan cara yang paling creative (olahan dari cerita sebenar dibenarkan)
2) Emailkan link entry anda beserta detail anda (Nama, No tel, dan email) kepada cstproduction@gmail.com
3) Dan syarat utama ialah,
- Tajuk entry mestilah " Our true love story {CST PRODUCTION}"
- Dan di penghujung entry anda mestilah mempunyai link kepada facebook CST (www.facebook.com/cstproduction)
Jadi penyertaan terbuka sehingga 1st of December 2010. Dan ianya juga terbuka kepada semua golongan, samada yang sudah berkahwin, yang baru bercinta, yang ingin mendirikan rumah tangga, atau yang baru hendak melamar... hantarkan penyertaan anda sekarang. inilah masanya peluang utk mengabadikan cerita cinta anda...
Wednesday, November 10, 2010
Our True Love Story {CST PRODUCTION}
Posted by JkiNG at Wednesday, November 10, 2010 0 comments
Friday, November 5, 2010
Maher Zain-For the Rest of My life versi wedding^_^
Yeah, posting kali ni pasal wedding Farhat & Liza..
Posted by JkiNG at Friday, November 05, 2010 5 comments
Friday, October 29, 2010
:: Wedding Highlights Marinie & Ahmad ::
Lokasi : Hotel Concorde Shah Alam
Cinematografi : Rosli & Zabidi Ali
Posted by JkiNG at Friday, October 29, 2010 3 comments
Thursday, October 28, 2010
Final Exam
Posted by JkiNG at Thursday, October 28, 2010 1 comments
Sunday, October 24, 2010
.: Highlights Majlis Pernikahan Aiqa & Harith :.
Posted by JkiNG at Sunday, October 24, 2010 1 comments
Friday, October 22, 2010
First Malaysian Wedding Video 100% by IPHONE 4 & IPOD
10 Oktober 2010
Cinematografi : Rosli & Zabidi Ali
Posted by JkiNG at Friday, October 22, 2010 0 comments
Saturday, October 9, 2010
.: Majlis Persandingan Hazriq & Nurul Aqma :.
Inilah kali pertama CST Production mggunakan under water cmera untuk majlis perkahwinan..
::Majlis Persandingan Hazriq & Nurul::
Lokasi Kuala Terengganu
1 Oktober 2010
Cinematografer : Rosli & Zabidi Ali
Cst editor : Rifa'iee
Posted by JkiNG at Saturday, October 09, 2010 6 comments
Wednesday, October 6, 2010
puisi adam
Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah
Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Adam …
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.
Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
T.T
Posted by JkiNG at Wednesday, October 06, 2010 3 comments


