tekan ke MY FRIENDSTER AND MYSPACE »

Wednesday, December 30, 2009

Permata Yang Dicari

Dendangan Sketika..
nice song^_^ mnat bangat..



Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Sunday, December 27, 2009

Slmt lahir..

Salam..
Alhmdulillah.. slmat smpai ke kl^^
puas gak duk jb.. wlpn smggu je..
huhu..

thniah pda akk aq, NorAziela yg tlh slmt mlhirkn ank..^_^
mcm x prcye je..umo bru 21....

Muhammad Jibril Mikail
ank buah yg ke 21..takbir~~

Sunday, December 20, 2009

~free~

Brhat SkTika^_^

ayuh ke JB..
InsyaAllah
Salam Wbt

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Salam Maal Hijrah 1431

Sunday, December 13, 2009

cuba2x..^^

huu.. Pejam celik nk msuk sem 4..
trget sem dpan:
smbil2 stdy,
ana try freelance dgan cmpany abg utk vdeographer..
InsyaAllah dimurahkn rezeki..


Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Ksimpulanye..
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .
Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang , ilmu dsb nya..)

sama2x kita amalknnye..copy pic dari http://respeks-group.blogspot.com
Esok 15hb smpai 18hb Dec 09
InsyaAllah, ana ade Training OC(Orientation Committee Intake Jan 2010) kt Gunung Snyum Pahang..
hjat nk blik jb trtgguh lg la jwab nye^^
abih trainng ni blik la JB puas2x...

salam..

Saturday, December 12, 2009

Anugerah Buat Teman

Anugerah Buat Teman

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA...

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula
-saidina Ali Abi Talib-

*Artikel asal oleh : Penceramah motivasi Ustaz al-kausar

Monday, December 7, 2009

Alhamdulillah..
Slesai smuanye....Aries Malaysia Business IT Case Challenge berjalan lancar..
Congrats pda pmnag..
Champion - Utp A
1st runner up -Utp C
2nd runner up - ucsi
3rd runner up - uniKL
pnat gak event nih..tp best.. participant sporting bangat..

syukur..
ayah aq da kluar hospital.. moga ksihtan brtmbh baek..
akk plak dh slmat brslin.. dapat anak llaki.. murah rzki..

brtmbh la anak sdara aq.. da 2+ orang.. abih la aq kne bg duit rye..hee
6hb dec plak ade perform nasyid kt Bandar Tasik Puteri rawang..
thanx kpda tuan rmah krana sudi jmput & mmberi kpercayaan kpda kump aq utk mmriahkn majlis.. Slmat pgantin bru yea sist Ajue...
smpat bawa 9 lagu..
4 accapella n 5 lgu minus one..

pasni plan blik jb^_^
rhat buat sketika....
InsyaAllah..

Thursday, November 26, 2009

Salam AidilAdha

Salam Aidiladha, Hari Kemuliaan, Satu Pengorbanan
Dalam mencapai apa sahaja kejayaan, sudah pasti terdapatnya pengorbanan

Tak kira, korbankan masa, korbankan tenaga mahupn korbankan wang ringgit
Dalam mencapai apa sahaja yang berbaloi, sudah pasti terdapatnya sejenis pengorbanan.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah,
telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail,
kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!


Salam wbt..

Monday, November 23, 2009

~Wanita~

InsyaAllah..
try bwa lgu ni..
best2x..
credit to dehearty..


Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Munsyid : De Hearty
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)

Saturday, November 21, 2009

~mingguan~

huu..
Sore mkin x de + sgau + serak + rock
hehe..sbar2x.. InsyaAllah sembuh x lma lg..^_^

Alhamdulillah siang td aq join trnament Bowling di Flaminggo Anjuran "Sempoi Fc"

team brsama staff2 UniKL.. best.. sporting2x....
UniKL Bowling Team menang tempat ke-2
act aq x mmbantu sgat..
men msuk lgkang je..
cgrate to my team mmber..

yg msuk trnament ni pn rmai veteran2x n brpgalaman.... bleh dkatakn aq pling mde^_^
best pgalamn ngan dorang..

balik bowling je trus brsiap ke HTO de Futsal Subang..
rempit kjap ke subang jaya..
jauh gak lalu highway kesas..
act, ade trnament dgan Jabatan Perangkaan Negeri Selangor..

aq men utk Futsal Johorfc.net Lembah Kelang.. Alhmdulillah.. mrah rzki ktorg mnang^_^
dgan gol 18- 13.. da mcm point bdmnton lak..T.T

Go Go
!! Futsal Johorfc.net..^^

Esok pagii da bertolak blik jb..T.T
salam...

Thursday, November 19, 2009

cuaca

act bdn rse krang shat..
selsema + btuk + xde sore T.T
huuh.. asyik men hjan je..

hujan.. x nmpak klcc daa

Wednesday, November 18, 2009

~Cuti~

Alhamdulillah..
slesai exam... pejam celik je da nk msuk sem 4..
Doa2 dpt result spert yg dhrapkn..
moga2 dpemudahkn lecturer utk mnanda paper aq^_^
InsyaAllah..

Cuti ni enjoy abih..
Plan g genting brsma rkan2 klas^_^
10 Nov 2009

  • 7.00pagi je da berkumpul kt lrt gombak..
  • 8.00pg nek bas ke gnting..
  • 8.45pg smpai skyway...
  • 6.00ptg brtolak blik..
  • 7.15nek bas dri gnting ke gombak
BEst2x..
InsyaAllah de rzki t plan g tmpat laen plak..

Skrg ni ngah Busy utk Event Aries Malaysia..
Business Case IT Challenge 2009
aq jd committee bhgian designer..
cuti sem ni mcm hari klas biase je..T.T
bile la bley blik jb..
huhuh

Sunday, November 1, 2009

Jika Bertemu, Bersangkalh Baik..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir
, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

“Tegakkan Islam dalam diri kamu.. nescaya Islam akan tertegak diatas bumi kamu” (Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna)

shring artikel from: aini

Friday, October 30, 2009

Final Exam


Next week da exam..
huuu...
Study2x..^_^
InsyaAllah cbe buat yg trbaek..

Tuesday, October 27, 2009

UniKL Commercial Video









UniKL Commersial Video
Alhmdulillah shooting n edittng, presentation utk assignment Digital Audio Video dah slesai..
hsilnye..
Location : Kuala Lumpur (Kg.Baru)
Production Date 24 Oktober 2009
Thanx kpda plkon2 n mmber2 yg trut mbntu mnyiapkn cmmrcial vdeo nih..

Saturday, October 17, 2009

Kemaafan dan Terima Kasih

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."


Moral:

Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir

artikel form: cerita-tauladan

Friday, October 9, 2009

Bowling Dean's Challenge Trophy 2009


Alhamdulillah..
Selesai event bowling trnament..
Smuanye brjlan lncar..
30 Team Brtanding..
28 team student n 2 team staff..
Tahniah kpada pmenang2x..^_^

Registration Booth at Lobby UNIKL
Bowling Showcase
Asyraf n Hafy.. Mini Bowling
Dean's Challenge Trophy

pasni tmpukn pda Assgment...
waa, pjam clik da nk final exam..^_^
InsyaAllah... Do d best..

Friday, September 25, 2009

Slamat Hari Raya

anak2 buahku..ramai...da 20 org..^_^(sparuh lg x de dlm pic..)
Salam pda rkan n pda sspe yg trbce blog ni..

ksmpatn ni nk ucap Slmat Hri rye..
Maaf Zahir Btin..

aNdai anna ade trslap kta @ bcara, trksar bhase, mgumpat yg sgaja, @ mnyggung rsa....
Slah Slap hrap dimaafkn

^_^
Salam lbaran pda smua..

Friday, September 18, 2009

Berbuka Bersama Kelab Perkim

Majlis : PENGANUGERAHAN SRI CEMERLANG
Majlis Dirasmikan Oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad
Turut mmriahkn majlis dgan prsmbahn nsyid Kump rabbani..
Location: Hotel Siggah Sana PJ

Alhamdulillah..
Sjian yg sgat mnylerakn..^_^
dpt juga mgeratkn ukhwah brsama plajar Uiam..
All d best kelab Perkim UniKL..

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan- Malam Lailatul Qadr

Salam wbt

Marilah kita mencari Lailatul Qadar pada 10 malam yang terakhir Ramadhan.....Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk menemuinya.....


Tanda kedatangan Lailatul Qadar


LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Perkara ini sesuai dengan hadis Rasulullah daripada Ibnu Umar yang bermaksud: "Sesiapa yang ingin mencari Lailatul Qadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh."

Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud: "Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."

Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipatgandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu.

*Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu seperti:-

*Allah menyembunyikan Lailatul Qadar untuk menguji umatnya sejauh mana tahap amal ibadat mereka sepanjang Ramadan;

*Allah menyembunyikan saat penerimaan doa (ijabah segala doa) pada Jumaat agar kita berdoa sepanjang hari itu;

*Allah menyembunyikan sembahyang Wusta dalam solat lima waktu supaya kita memelihara semua waktu solat fardu;

*Allah menyembunyikan isim adzam antara nama-nama-Nya agar kita menyebut semua nama-Nya (Asmaul Husna);

*Allah menyembunyikan makna maksiat yang sangat terkutuk supaya kita menghentikan melakukan apa juga bentuk maksiat;

*Allah menyembunyikan siapa yang menjadi wali antara mukmin supaya kita berbaik sangka terhadap semua orang mukmin;

*Allah menyembunyikan kedatangan hari kiamat supaya kita selalu bersiap sedia;

dan

*Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita selalu dalam persiapan menemui-Nya;

Bagaimanapun berkaitan Lailatul Qadar, ulama sepakat mengatakan bahawa ada beberapa tanda apabila berlakunya malam itu, antaranya:

*Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah;

*Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan;

*Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka; dan

*Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

-Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Sunday, September 6, 2009

UNIKL Trnament Bowling 2009

UNIKL Trnament Bowling Dean's Challenge Trophy 2009..

Alhmdulillah..
Dean's & Hems dpt sponsor prtndgan nih..
huuu..
yg sdihnye..
aq x bley join trnamnt ni...

nk gak mrase dean's trophy..(mcm leh dpt je..)

InsyaAllah group aq cbe organized event ni sbaek mgkn..
^_^

Saturday, September 5, 2009

Take 5^_^

Salam..
waa..
lme xupdate..bsy skt.. huhu

ksemptan ni nk ucp..
Slmat Brpuasa..
Marhaban ya ramadhan..
sambut bulan rmadhan yg suci ini dengan penuh keceriaan..
Semoga amal ibadah kita diterima allah swt. Amiin..

hm,

Happy Birthday 2
Bro Syafiq 3 September
take 5,
jom tgok hang tuah utara resut spm^_^

Wednesday, August 12, 2009

Wedding Mujib & Zaza

Dewan Seri Delima (Kepong)
8 August 2009

Aturcara
7.45 mlm:

  • Ketibaan para jemputan
8.30 mlm:
  • Perarakan masuk pengantin diiringi selawat oleh kumpulan Damai (selawatsehingga pengantin duduk di pelamin)
  • bacaan doa oleh seorg ahli Damai
  • upacara menepung tawar
9.00 mlm:
  • jamuan makan malam diiringi persembahan nasyid oleh kumpulan Damai (5 lagu)
  • (minta lagu 'ada untukmu' -nubhan dinyanyikan paling akhir sebelum persembahan berakhir)
9.40 mlm:
  • upacara memotong kek
  • ucapan penghargaan dari bapa pengantin
10.30 mlm:
  • majlis bersurai


Request 8 lagu dri tuan rumah..
Damai(lagu Ciptaan)
Ukhwah Sejati
Kasih Kekasih
Iman Mutiara
Nursyahadah
Nur Kasih
Perjalanan II
Ada Untukmu(Nubhan)

accapella & minus one + minus 0
^_^

Mcp di Dewan Ferdana Felda 2009


Walimatulurus 7 August 09...
Selesai shooting MCP di dewan prdana Felda..
^_^
pgantin sporting bangat....
act aq freelance WeddingWave Videographer...
just tmbh pglaman..

3x panasonic DVX102B 3CCD & 1x panasonic MD1000 3CCD

Tuesday, August 4, 2009

Bowling Terbuka

Yeah..

Syukur..
Kami Mrangkul tmpat prtama Bowling Terbuka di The Curve Damansara (Ahad 2 Ogos 2009)

Friday, July 31, 2009

My TimeTable

Yeah..
KhamIS nggak ada kelas..^_^
1. Fundamentals of accounting
2. Digital audio and video
3. Digital animation
4. Publishing for the world wide web
5. Programming language 2
6. Technical communication in english 3
7. Mandarin 2

Trget!!! pointer iv.00
InsyaAllah..

Sunday, July 26, 2009

Kejohanan Tenpin Bowling

Selesai Kejohanan Bowling yg brlgsung pada 25hb Julai 2009..
Di Alamanda Putrajaya...

Act kejohanan ni utk MPP @ MPM je..
aq wakil dri ajk klab bowling unikl^_^
17 Buah Univrsiti yg brtndg..
  1. utm
  2. unikl cc
  3. ump
  4. ums
  5. uum
  6. utar
  7. upm
  8. ukm
  9. unitar
  10. um
  11. udm
  12. unimap A
  13. unimap B
  14. unikl mfi
  15. uiam
  16. uitm
  17. usim

Alhamdulillah,
Kami mendapat tempat kedua..
Utm brjaya mnjadi johan dan Ump tmpat ke3 ..
Next week InsyaAllah unikl hntr 2 team ke PERTANDINGAN BOWLING TERBUKA PERSAHABATAN 2009 di Pin JunctionThe Curve, Damansara.(2 Ogos 2009)
Thanx pd komuniti Bowl Unikl yg trlbat dlm event ni^_^