tekan ke MY FRIENDSTER AND MYSPACE »

Friday, January 16, 2009

Hari ke-20: Diplomasi dan perang sama sengit


18 Muharram 1430 / 15 Januari 2009
Hari ke-12 Serangan dan pencerobohan darat di Gaza

Keganasan dan kekejaman 'manusia buas' berterusan dari semasa ke semasa, seminit pun 'manusia buas' tidak beri peluang kepada pejuang-pejuang untuk rehat. Letih, sakit, derita, sama ada bekalan senjata masih ada atau kurang..hanya Allah yang tahu. Demi mempertahankan kalimah yang Suci, pejuang-pejuang tidak pernah mengaku kalah atau letih..memadai dengan mengucap kalimah :

..hasbiallahu wa ni'mal wakil, allahuakbar, insyaAllah an-nasr saufa qarib
..

Itulah yang menjadi penyubur dan pembimbing agar sentiasa segar menghadapi serangan pengganas yang tidak reti duduk diam. Asyik mengganas saja kerjanya.
Ketika 'manusia buas' menghebatkan serangan, usaha diplomasi juga seiringan. Semenjak pengganas itu menyerang Gaza, lagi kuat usaha diplomasi diproses. Nampaknya perang bukan saja berlaku di Gaza, tetapi juga menyerang di sudut diplomasi. Pelbagai karenah, sikap, tindakan, tidak kurang ada yang main-main pula dengan diplomasi sedangkan dalam masa yang sama adik-adik kecil, kakak, abang, bapa-bapa dan ibu-ibu bermandikan phosporous putih sehingga tertanggal kulit, ada juga yang hancur tubuh dek letupan yang teramat kuat..namun diplomasi tidak mampu menjadi payung kepada hujan phosporous. Hanya jiwa-jiwa muqawamah yang kelihatan berdaya mempertahankan hak mereka, walaupun jumlah syahid meningkat dari semasa ke semasa..muqawamah tak pernah mengalah kerana mereka bergantung teguh kepada keimanan dan keyakinan kepada Allah Ta'ala.

Bersabarlah wahai pejuang ..Sesungguhnya selepas malam berlabuh, pasti fajar akan menyinsing..

info dari : http://minipavilion.blogspot.com/

3 comments:

Unknown said...

Salam...blog kamu pun bagus juga
Moga umat Islam Palestin bebas dari jajahan zionis dan sekutunya..

Anonymous said...

Assalamualaikum...
U'all tau tak sbenarnya bangsa Yahudi ni baru sekitar kurun akhir2 ni je yg kuat dan berkuasa (kurun ke 19-21). Sejak dulu dia ni bangsa yg asyik dihinakan org aja, psl jahat sgt. Org2 Eropah smua benci Yahudi, especially Hitler. Diorg buat satu tembok besar n tinggi utk asingkan bangsa Yahudi dgn bangsa lain. Mgkin kemenangan diorg kali ni pn utk smentara aja. Sama2lah kite doakan ya.

JkiNG said...

Waalaikumsalam WBT..
hye mdm., thanx yea bg info2 ni...
InsyaAllah.. Allah Maha Adil..
Sama2lh kte brdoa..
Takbbir..